Powered By Blogger

Wednesday 2 November 2011

TEMPLATE (PENCONTOH)






Pencontoh ialah suatu kepingan panduan yang digunakan untuk membuat salinan (duplicate) bahagian-bahagian suatu rangka dasar. Ia merangkumi bahagian-bahagian yang perlu ditebuk, ukuran bahagian yang perlu dipotong dan panjang bahagian yang perlu dibengkokkan. Pencontoh biasanya diperbuat oleh kayu yang berkualiti, keluli, kertas dan kombinasi bahan-bahan di atas.
Tujuan pencontoh digunakan adalah untuk memendekkan masa pengeluaran barangan, menjimatkan penggunaan bahan mentah, mengurangkan pengulangan proses penandaan, mengurangkan kadar kerosakan pengeluaran serta menjimatkan tenaga buruh dan pekerja.




 PENGKELASAN PENCONTOH
Pencontoh diketegorikan kepada 3 jenis berdasarkan kepada penggunaannya..


Pencontoh penandaan (Marking Template)



Pencontoh ini digunakan sebagai panduan untuk menebuk kepingan logam, potongan serong dan sebagainya. Ia hanyalah untuk panduan samada menanda dengan kapur atau "center punch" sahaja.

Terdapat banyak jenis pecontoh penandaan yang digunakan. Ianya bergantung kepada bentuk bendakerja yang digunakan. Dibawah ialah beberapa jenis pecontoh penandaan.



Rajah 1: Pencontoh penandaan bersudut.



 Rajah 2: Pencontoh penandaan channel iron
 
Rajah 3: Pencontoh kepingan logam atau kertas (Sheet metal or paper template)



Rajah 4: Pencontoh tiang (Columns and beams template)


   Pencontoh Pembengkokan (Bending Template)




Rajah 5: Pencontoh Pembengkokan (Bending Template)


    Pencontoh Berpola (Pattern Template)




   

Rajah 6: Pencontoh Berpola (Pattern Template)


KAEDAH MEMINDAHKAN PENCONTOH KEPADA BENDAKERJA.

 Proses Penandaan.

Pemindahan pencontoh digunakan dalam melaksanakan projek dengan tujuan dapat membina projek dengan betul dan tepat. Bagi tujuan ini peralatan atau alat kelengkapan digunakan dengan sepenuhnya. Antaranya tukul, penanda pusat, kikir dan mesin canai. Untuk pemontongan oksi-asitilin dan mesin power guillotine digunakan.

Untuk menanda letakkan pencontoh diatas bendakerja. Kemudian gunakan pelekat supaya pencontoh tadi melekat pada bendakerja. Gunakan tukul dan penebuk pusat untuk menanda. Tandakan sehingga selesai


             

Rajah 7: Proses penandaan

Proses Memotong

Apabila selesai proses menanda, proses pemotongan pula di lakukan atau dijalankan. Pemotongan pada bahagian yang lurus serta bahan yang nipis di galakkan mengunakan mesin pemotongan power guillotine. Bagi bahagian yang sukar, melengkung atau sudut, gunakan alat pemotongan oksi-asitilin.

                       

Rajah 8: Proses memotong


Proses Mencanai

Untuk mendapat hasil kerja yang sempurna, kepingan logam yang telah dipotong tadi mestilah di kikir serta dicanai mengunakan mesin canai mudah alih. Buangkan segala gerigis yang terdapat pada bendakerja.



Rajah 9: Proses mencanai








 



ASAS LUKISAN PEMBENTANGAN




ASAS PEMBENTANGAN


1. Hamparan garisan selari

Hamparan kaedah garisan selari merupakan satu cara yang paling mudah untuk membentuk corak sesuatu objek. Hamparan dibuat dengan melukis garisan-garisan tepi objek sebagai garisan selari. Oleh kerana hamparan kaedah ini melibatkan bentuk-bentuk prisma dan selinder yang mana bentuk ini mempunyai permukaan sisi selari antara satu sama lain serta bersudut tepat kepada tapaknya.

Terdapat juga bentuk prisma dan selinder serong dengan tapaknya tidak sejajar diantara kedua-duanya tetapi permukaan sisinya masih lagi berada selari antara satu sama lain dan bentuk ini boleh dihamparkan secara garisan selari

Rajah di bawah menunjukkan pandangan bergambar satu kotak segiempat tepat serta hamparan kotak tersebut mengikut kaedah garisan selari.



Rajah 1: Kaedah Hamparan garisan selari


2. Hamparan garisan jejari

Corak penghamparan bagi permukaan prisma dan silinder diunjurkan terus dari ukuran tinggi, pandangan hadapan dan garisan regang berbentuk garisan lurus dari tapaknya. Garisan untuk pemindahan ukuran dibina tegak kepada garisan regang tapak dan berada selari diantara satu sama lain. Dengan ciri-ciri inilah dinamakan hamparan garisan jejari

Bagi bentuk piramid dan kon berlainan pula dengan bentuk prisma dan silinder. Piramid terbina oleh permukaan- permukaan sisi berbentuk segitiga bertemu pada satu puncak mercu dan membesar di bahagian bawah dan tapak. Nama piramid adalah mengikut bentuk tapaknya, jika tapaknya berbentuk heksagon maka piramid itu disebut piramid heksagon. Kon pula berbentuk bulatan menirus dibahagian atas atau puncak mercu. Bentuk bulatan berlainan ukuran garis pusatnya di sepanjang ketinggiaan kon. Di bahagian tapak ialah bulatan terbesar dan mengecil menghala kepuncak kon

Garisan-garisan tepi untuk kon dan piramid tidak selari antara satu dengan lain. Oleh yang demikian garisan regang tapak tidak boleh dilukis lurus sepertimana pada prisma dan silinder. Garisan-garisan tegak untuk pemindahan ukuran diunjurkan dari satu titik mengembang di bahagian tapak dengan jarak diantaranya mengikut ukuran sesuatu bentuk. Cara ini membolehkan garisan regang tapak dilukis sebagai satu lengkok bulatan berpusatkan kepada satu titik pertemuan. Penghamparan jenis ini dinamakan hamparan permukaan kaedah garisan jejari.



Rajah 2: Hamparan garisan jejari


3. Hamparan kaedah pensegitigaan

Permukaan yang tidak termasuk dalam kategori permukaan satah atau melengkung yang tunggal ialah permukaan menggeleding. Unsur-unsur pada objek ini tidak selari atau menyilang oleh itu cara untuk menghamparkan permukaan ialah dengan pensegitigaan

Objek-objek yang mempunyai unsur-unsur yang selari atau menyilang dalam keadaan biasa adalah dihamparkan dengan kaedah pensegitigaan. Sebenarnya pensegitigaan ialah satu perbuatan membentuk segitiga daripada tiga garis atau membahagikan satu permukaan kepada bahagian-bahagian segitiga
Biasanya bagi kerja-kerja fabrikasi, pembinaan objek-objek daripada kepingan logam berdasarkan kepada sama ada hamparan kaedah garis selari, jejari atau pensegitigaan. Objek-objek seperti pengalih, salur tirus, piramid dan sebagainya lebih baik dihamparkan dengan kaedah pensegitigaan. Rajah di bawah ialah contoh kaedah pensegitigaan



Rajah 3: Hamparan kaedah pensegitigaan



HAMPARAN GARISAN SELARI
1. Jenis-jenis hamparan garisan selari


a) Hamparan permukaan selinder



      
Rajah 4: Hamparan permukaan selinder


 
b) Hamparan permukaan prisma pentagon tegak



Rajah 5: Hamparan permukaan prisma pentagon tegak




c) Hamparan permukaan prisma heksagon tegak



Rajah 6: Hamparan permukaan prisma heksagon tegak


 
d) Hamparan permukaan prisma terpotong serong
 
Rajah 7: Hamparan permukaan prisma terpotong serong


 
e) Hamparan permukaan heksagon terpotong serong
 
Rajah 8: Hamparan permukaan heksagon terpotong serong




f) Hamparan permukaan prisma serong
 
Rajah 9: Hamparan permukaan prisma serong


 
g) Hamparan permukaan heksagon serong



Rajah 10: Hamparan permukaan heksagon serong


 
h) Hamparan permukaan silinder terpotong serong


Rajah 11: Hamparan permukaan silinder terpotong serong


 
i) Hamparan permukaan silinder tegak



Rajah 12: Hamparan permukaan silinder tegak







Tuesday 1 November 2011

LUKISAN TEKNIK

LUKISAN TEKNIK


Lukisan teknik merupakan garisan-garisan yang dibentuk menggunakan peralatan lukisan teknik. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.

lukisan teknik dikawal oleh piawaian utama seperti America ASA Y14, The British Standarts BS 308 dan The Canadian Standarts CSA B78.1. Sistem penilaian lukisan teknik adalah  berdasarkan kepada aspek-aspek seperti ketepatanTeknik melukis, Kebersihan lukisan dan tempoh menyiapkan lukisan teknik.

Peralatan Lukisan Teknik :


a) Papan lukisan
b) Pembaris
c) Jangka lukis
d) Pensel HB/2B, 0.3, 0.5, 0.7
e) Pencontoh
f) Alat pembahagi
g)Sesiku segitiga
h) Lengkung perancis dan lengkung boleh laras
i) Pemadam
j) Sesiku T

Penghurufan dan Angka :


Segala keterangan atau maklumat seperti ukuran dimensi, keterangan lukisan, blok tajuk dan lain-lain yang terdapat pada lukisan teknik biasanya dihasilkan menggunakan tulisan tangan. Terdapat tiga jenis huruf yang boleh digunakan iaitu gothic, roman dan textpenghurufan tegak dan condong yang dihasilkan mestilah berpandukan kepada syarat-syarat ketebalan garisan yang telah ditetapkan oleh BS 308.


KETEBALANPENGGUNAAN
5 mm atau 6 mmTajuk lukisan atau penerangan penting
3 mmDimensi dan nota penting
2 mmNota-nota tambahan





Rajah 1 : Penghurufan tegak dan condong

Penyediaan kertas lukisan :

Penyediaan kertas lukisan perlulah dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan lukisan teknik ang dihasilkan kelak bersistematik dan mempunyai identiti individu yang menghasilkan lukisan teknik tersebut. Ini adalah untuk memastikan segala maklumat yang diperlukan mampu disampaikan dengan lebih tersusun dan kemas. Rajah 2 menunjukkan contoh penyediaan kertas lukisan.


Rajah 2 : Penyediaan kertas lukisan.
                        
 Kaedah Asas Lukisan Lakaran :

  • Kaedah asas lukisan lakaran adalah sama seperti menghasilkan lukisan ortografik dan lukisan isometrik tetapi faktor yang membezakan antara keduanya ialah daripada segi penggunaan peralatan lukisan teknik serta ketepatan yang diperlukan. Alat yang diperlukan untuk menghasilkan lukisan lakaran hanya memerlukan pensel, pemadam dan kertas lukisan.





  • Melakar Ortografik

  1. Lukiskan lakaran ortografik bagi objek seperti gambarajah 3a
  2. Lakarkan tiga segiempat tepat mengikut kadar yang tertentu seperti gambarajah 3b.
  3. Bahagikan garisan-garisan segiempat tepat tersebut dengan dimensi yang dikehendaki.
  4. Cantumkan tepian yang diperlukan dengan garisan-garisan yang nipis.
  5. Setelah bentuk penuh objek diperolehi maka bolehlah dihitamkan dengan garisan panjang.  





  • Melakar Isometrik
  1. Lukiskan lakaran isometrik bagi objek seperti gambarajah 4a.
  2. Lakarkan satu kotak isometrik
  3. Dapatkan titik utama kemudian disusuli dengan titik lain.
  4. Cantumkan garisan titik-titik tersebut dengan garisan-garisan yang nipis.
  5. Setelah rangka objek tersebut didapati, bolehlah dihitamkan dengan garisan panjang seperti gambarajah 4b.


  • Melakar sesebuah objek yang berbentuk kon atau silinder. 
  1. Lukiskan lakaran isometrik bagi objek seperti gambarajah 8a
  2. Lakarkan kotak isometrik dan tandakan titik-titik yang diperlukan.
  3. Lakarkan ellips dipermukaan hadapan dan disusuli dengan ellips dipermukaan belakang seperti rajah 5b.
  4. Hitamkan objek yang dikehendaki.


    SIMBOL LUKISAN TEKNIK :


    Simbol yang terdapat dalam lukisan teknik adalah merupakan satu peraturan yang menerangkan lukisan objek yang rumit. Oleh itu, pemahaman mengenali simbol-simbol lukisan teknik adalah penting supaya dapat memenuhi kehendak lukisan yang dihasilkan. Dalam kehendak yang tertentu simbol-simbol lukisan teknik juga digunakan untuk kemudahan melukis supaya lukisan lebih kemas, cepat dan mudah difahami.

    Rajah 6 dan 7 di bawah menunjukkan beberapa simbol keratan dan simbol asas yang biasa digunakan. Simbol keratan digunakan oleh pelukis kejuruteraan untuk menunjukkan perbezaan antara bahan objek. Oleh sebab terdapat terlalu banyak simbol keratan digunakan dalam lukisan kejuruteraan, hanya simbol keratan yang biasa digunakan ditunjukkan dalam gambarajah 6 di bawah:



    Rajah 6: Contoh simbol lukisan keratan mengikut jenis bahan.






    Rajah 7: Simbol asas lukisan teknik




    Rajah 8 : Simbol dan tanda lazim lukisan teknik.




    Singkatan Lukisan Teknik




    Singkatan perkataan dalam lukisan teknik juga merupakan satu simbol yang boleh menerangkan
    maksud lukisan. Singkatan-singkatan ini boleh membantu pelukis kejuruteraan supaya dapat melukis
    dengan kemas, cepat serta mudah. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada singkatan-singkatan.




    Rajah 9: Singkatan dalam lukisan teknik.